Friday, May 22, 2009

The Happiest Day


Mama rasa mama orang paling bahagia dan bertuah kat dunia ni. Dikurniakan suami yang amat penyabar dan penyayang dan alhamdulillah dianugerahkan dengan kurniaan paling indah.




Hi comel!!...Sayyaaannngg sangat kat sayang mama ni..

Thursday, May 21, 2009

Precious Moment Part 2

Jam 8 malam, perut mama sakit sangat, diikuti sakit belakang.. 
Contraction dah makin kerap dah..doctor decided utk pecahkan air ketuban.
Jam 10.00 malam, mama dibawa masuk ke dewan bersalin. Sakitnya nak bersalin masa tu, Hanya Allah sahaja lah yang tau. Abah was there 
all along ngan mama. tolong mama untuk kuarkan sayang. mama tak sedarkan diri angat masa tu, sbb mama byk ambil gas menahan sakit. Then, masuk je 30 minit pertama hari baru 060608, bergemalah tangisan sayang mama. Alhamdulillah.. lahirlah seorang bayi lelaki yang sangat comel. Perkara pertama yang nurses and doctors noticed was your nose. "ambooii..tinggi nya hidung dia..mancung!!" hehhe..i couldn't help smiling.
mama kena hampir 10 jahitan, Kesian sayang bersin 
dan kesejukan, nurse sibuk nak siapkan jahitan untuk mama dulu supaya tak kena jangkitan.
Kemudian, with you lying on my tummy, kita di bawa ke wad where abah,opah  n angah waited for us. Kesian opah..tak cukup tido temankan mama kat wad. Thanx to abah yang bersama mama sepanjang masa kat dalam dewan bersalin. Tak penah hilang dari ingatan mama setiap detik yang mama experienced bringing you out to this world.
Mama bersyukur sangat kepada Allah s.w.t atas anugerah dan ciptaan yang paling sempurna dan hebat untuk mama. Welcome to the world, sayang !!







Precious Moment Part 1


050608 was the happiest day of my life. Ari tu..akhirnya mama bleeding..which means mama dah ada peluang nak jumpa dan menatap wajah kesayangan mama yang mama tunggu2 selama ni. Actually pregnancy mama was due on may 31st. tapi sayang nak duduk lama lagi dalam belly mama kan.? hehhe.. 

Pagi 050608 tu mama masih ke ofis. Lepas breakfast ari tu, perut mama rasa sangat tak selesa. sampai pukul 11.00 lebih masih rasa tak selesa. sakit memulas2. Mama call opah n cerita pasal sakit perut tu, opah terus suh mama kol abah n cepat ke hospital, so, mama call abah. Then kul 12 mama sampai kat hospital. terus ke wad bersalin. Ni mama kat wad bersalin, menahan sakit perut.. hehhehe. 


 
Lepas checkup, mama ada pendarahan. Yang peliknya, mama senyum pada pendarahan kali ni. mama dah tak sabar nak jumpa sayang mama ni. Sakit perut pun tak perasan sangat bila tgk perut mama. Mama tau, sayang mama dah mula cari jalan nak jumpa mama n abah dan nak tengok keindahan alam ni.



Jam 4.00 petang, mama dimasukkan ke wad. Masa ni opah n angah dah on da way ke sini. Rupanya, the minute mama call opah pg tu, opah terus ajak angah ke Putrajaya sebab opah dah tau, mama akan bersalin hari tu. 



nampak tu betapa cerianya muka mama n abah nak jumpa sayang.. Tak sabar sangat2..
Tapi kan, mama rasa, senyum lebaq macam mana pun, abah tetap tak dapat sorok riak risau dier.. Mama tau, abah sayang sangat kat mama, kan abah kan? 


Akhirnya

Hi... akhirnya mama wat blog untuk Aqil. Soory ek sayang, bukan tanak buat..sebelum ni mama dah buat 2,3 blog jugak..tapi..harap2 blog ni mama akan lebih rajin update lah..
sekarang sayang mama Aqil Muhammad Rayyan dah 11 bulan 3 minggu..
lagi 2 minggu dah nak setahun..cepatnya masa berlalu.. dah macam2 progress anak mama ni..
dah makin ensem jugak.. Mama akan cuba siapkan n masukkan updates b4 sayang mama turn the big 1. Aduih..anak mama dah nak setahun..cepatnye... macam baru semalam je mama masuk wad...owhh.. 
hmm..dan oleh kerana itew juger..nanti mama kena bagi abah access jugak lah blog ni.. baru best..sesama leh update..kan abah kan?
hehehhe